PLKN Part 1 ツ




hai*lambai tangan* . Yaa ampun sudah lama gua tak berblogging. Manyak habuk meyh ! fuhh sana , fuhh sini . Okay stop merepek ! Actually , fara baru balik dari PLKN selasa lepas. Hmm dah seminggu dah . Tapi tak berkesempatan nak update blog. Busy sesangat. Cewahh . Ni update pun sebab ade yang tanya fara kenapa tak update blog . Woaaa terharunyaaaa , ade jugak org baca blog fara ni. Thankyou dear , meh sini kasi kiss sikit. Okayy muahh setepek . Hmm , fara nak bagitahu something ni , Weee ~ Saya Wirawati 412 dari kompeni Bravo telah tamat menjalani Program Latihan Khidmat Negara dengan rasminya pada 28 Mei 2013 . Ulang suara "Saya Wirawati 412 dari kompeni Bravo telah tamat menjalani Program Latihan Khidmat Negara dengan rasminya pada 28 Mei 2013". Ramai yang tanya kenapa fara balik awal. Ye lah sepatutnya tamat latihan 21 June ni. Tapi fara keluar awal. Apesal ? Okay sabar , cek nak habak mai . Sebenarnya fara dapat pelepasan awal sebab sambung study. Seriously , tak sangka dapat pelepasan awal. Ingatkan nak stay dekat kem sampai tamat latihan. Tak payah balik pun takpe. *okayytipu* hikhik . Tu lah time mula mula pergi daftar haritu menangis nangis tanak pergi. Dah duduk 2 bulan dekat sana terus tanak balik. Sebelum ni dengar cerita senior cakap "PLKN BEST!" fara memang tak percaya , sebab dulu fara tak minat langsung dengan PLKN ni. Nak tahu sebab apa? Fara fikir aktiviti dekat PLKN tu semuanya lasak lasak. Tapi bila dah sampai sana , aktiviti dia tak lasak mana pun. Semuanya best. Dulu tak reti kawad and tak minat kawad . Lama lama belajar jadi best! Start dari tu, baru teringat senior cakap "PLKN BEST!". Betul la cakap diorang tu . Wa caya sama lu . Seriously, PLKN Memang Best!. Rugi siapa yg tak pergi tu . Don't be jealous okayy ! Aktiviti dekat PLKN ni lain dari yg lain. Memang takde dekat luar. So dari situ fara banyak belajar benda baru. Dekat kem macam biasa kitorang ade kelas. Time kelas macam macam fara belajar. Belajar cara capai sesuatu matlamat and bla bla bla .... Memang enjoy lah. Time mula mula masuk, fara dapat kelas PERKASA . Itu pun nasib baik ada sorang kawan fara yg sama kelas dengan fara. Tapi kitorang tak sama group. Fara ingat lagi sebelum cikgu bahagikan group, cikgu buat game "BONGGO BONGGO". Haaa pernah dengar tak game tu ? Okayy meh sini fara terangkan ,cikgu bagi kitaorang satu kertas then dalam kertas tu ade banyak senarai. Kita kena mintak autograph org yg ade dekat sekeliling kita yg berkaitan dalam senarai tu. Time tu malu gila. Dah lah campur campur kompeni. Malu tak malu terpaksa mintak jugak. hehe . Dah habis game tu baru lah duduk dalam group. Nama group fara "TERBAIK". Dalam group tu lelaki memang sempoi habes . Memang enjoy bila dapat group dengan diorang. Kalau tak silap 2 minggu lepas tu cikgu tukarkan group yg kedua pulak sebab aktiviti pembelajaran yg baru. Okay nama group kedua fara "AMAZING". Ahli group tu semuanya pendiam sikit. haha . Then , lepas cuti sem ade pembelajaran baru lagi so kitorang kena tukar group lagi maybe cikgu nak semua dalam kelas tu kenal antara satu sama lain. Fara paling suka group yg ketiga ni sebab sama group dengan si jantung hati. hikhik. Nama group ketiga ni pulak "Songket Sutera". Banyak bincang pasal syarikat semua tu bagai. Rasanya kelas PERKASA ni satu bulan je. Then , kelas yg lama telah dibubarkan. So kitorang dapat kelas baru. Sedih jugak sbb dah kenal dengan kawan kawan dari kelas lama then berpecah . Fara dapat kelas PROTON PERDANA . Hmm kali ni kelas tak sama dah dengan sijantung hati. Okayy takpe , haha . Kelas yg kedua ni banyak belajar tentang patriotik. Tapi sayangnya fara dapat pelepasan awal. So belajar dalam kelas tu sekejap je. Kawan kawan dari kelas tu pun ada yg fara tak kenal lagi. Tapi nak buat macam mana terpaksa tinggalkan kem . Okayy lah cukup sampai sini . Nanti esok sambung part 2 pulak ye . penat jari nak menaip . hehe . Kbhaii :)