Ya Allah , hati ini sedih bila mengenangkan semua kenangan di kem . Masih terngiang ngiang lagi suara pelatih dan jurulatih disana . Betapa rindunya dekat semua insan yang pernah bergelar wira dan wirawati . Masih segar di ingatan di mana aku mula melaporkan diri disana . Terasa baru semalam aku tinggalkan kem . Malah , memori masih tersusun rapi di kepala ku . Ya Allah , betapa rindunya hati ini . Segala galanya aku rindu . Masa cepat je berlalu . Acewahhh , ayat aku formal sangat ni . Ayat novel ke ape ni . hahaha . Ayat BM pun tunggang terbalik ni haa . Menyampah baca entry aku ? apedehal gua tarak kisah meyh . Dah pergi sana main jauh jauh . Hmm okay act harini aku nak sambung balik entry pasal PLKN .Haritu dah update PLKN part 1 . Gatal tangan nak type title “part 1” lepastu yang part 2 punya entry tak update update lagi . harini baru kesempatan nak update . Almaklum lah saya busy orangnyaaaa . Puihh . haha . Cadangnya memang haritu nak update tapi takde masa . Ni bila aku nak update idea tu hilang terbang kemana aku pun tak tahu la . Ku gigihkan jugak selongkar idea idea yang ade dalam kepala aku ni . Nampak tak kegigihan aku ? act aku berusaha kau tahu . hmm kau tengok permulaan cerita aku pun dah macam jawab pendahuluan karangan exam SPM panjangnya . K tipu . Exam SPM pun tak panjang macam ni . Banyak merepek je . Jangan ikut contoh aku . haha . Kalau cikgu BM tengok karangan kau macam aku ni mesti dia hambat kau dengan penyapu . Okay ni tak lawak .
Alkisahnya bermula apabila aku sampai di kem Segari . “eii ayat baku sangat ni”. Sampai je Manjung hati aku melonjak lonjak nak tahu macam mana keadaan dengan suasana kem tu . Sampai je pagar kem aku tengok sebelah kiri laut , sebelah kanan hutan . Woaaa ade laut , kau adoo ?Tapi yang aku peliknya kem dia kecik , sebab dalam otak aku fikir tempat dia punya besar . Ape kau ingat ni kem macam TLDM tu ke . Haihh . Sampai je terus ade spotcheck barang . Aku bengang sikit sebab aku punya kemas elok elok barang tu , then bila cikgu spotcheck berterabur terus . Mula lah aku buat muka duckface . Then , lapor diri dekat dewan makan . Baru je kitorang duduk dekat situ . Tetiba lalat berterbangan . Walawehh , geramnya aku tengok lalat lalat tu . Jijik k jijik . K overnyaa . Baru ku tahu kem tu memang banyak lalat . Bukan disebabkan kitorang busuk ke ape . Cikgu cakap maybe sebab ade kilang tepung sebelah kem aku . haa siapa de pakej kilang tepung lagi tu . Dah habes lapor diri pegi amek baju baju PLKN tu semua . Perghh , bengangnya aku punya jauh tempat logistic tu . Sampai je sana aku sesat . Nasib baik tak termasuk dorm laki . Sebab cikgu cakap logistic dekat dengan dorm laki , so mana aku tahu yang mana satu tempat tu . Kebetulan ade sorang mamat ni keluar dorm dengan selamber aku tanya mana tempat logistic tu . Lepas dia tunjuk tu fuhh lega dah tahu tempat tu . Perghh punya berat barang barang aku kena angkut bawak kat dorm . Dorm punya lah jauh . Ku gigihkan diri untuk bawak bebarang tu semua . Tapi tak berdaya , berulang alik aku bawak . Then sampai je dorm ade sorang budak cina ni cari kan katil aku . aku dapat no indek 412 . So , kau kena cari katil no indek tu jangan sesuka hati kau nak pilih katil mana yang kau nak . Sampai je dekat katil ade sorang awek cun tegur aku . Alhamdulillah lega dapat jiran katil yang peramah . Then , dia ajak aku pergi beli baldi dekat dobi . Okayy aku ikut je lah . Dari situ bermulanya perkenalan kitorang . Ya Allah , rupa rupanya dia kawan yang aku kenal dari twitter . Aku tak cam sangat muka dia time tu . Kemain suka aku time tu sebab dah dapat kawan . Dah 2 hari aku duduk situ baru lah rapat dengan kawan yang lain . Nasib baik diorang sporting .
Hmm aktiviti dia mula mula tu aku tak dapat terima . Sebab kawad tak silap aku start pukul 2.30 tengahari . Kau bayangkan orang dekat luar dok sedap duduk rumah pasang aircond . Yang kitorang dekat kem ni panas terik kumpul untuk kawad . Ohmaigad ! tidak ku sangka . Nak pengsan pun ade masa kawad tu . Ngada ngada kan aku ? Tak biasa kene panas cenggituh lah . Gedik k gedik . Dalam masa seminggu kawad tu ramai jugak lah yang pengsan . Maybe diorang tak biasa . Macam aku lah , tapi nasib baik tak pengsan bagai dekat padang kawad tu . Saya okay ! Saya dah besar ! Acewahh . Hari yang ketiga aku start kawad migraine aku datang . Cuaca panas sangat . Ku gagahkan diri . Badan dah lemah je masa tu . Kepala sakit nak je hentak hentak kat dinding . Sedaya upaya aku tahan sakit tu . Belagak kuat time tu sebab dah bergelar wirawati . Ye lah berkhidmat untuk negara kata kauuu . haha . Then , tak tahan sangat aku bagitahu cikgu . Cikgu suruh pi medic . Pi medic akak nurse tu bagi ubat . Hari yang berikutnya aku dah biasa dengan keadaan cuaca kat sana . Hebat tak ? hebat tak ?
Hmm , belah petang ade riadah . Itu ikut suka kau lah nak bersukan . Bagi orang yang pemalas nak beriadah macam aku ni , hanya duduk borak borak , gelak gelak dengan kengkawan . Okay jangan ikut contoh aku . hahaha . Bukan ape aku malas nak terkinja kinja , lompat lompat bersukan semua tu . Penat tahu tak . Aku just jogging 2 or 3 kali round je . Lepas tu aku dah surrender terus duduk borak borak . Nampak tak perangai aku macam mana . Pemalasnyaaaa . hahaha . Tapi kekadang tu ade jugak aku main badminton . tapi kekadang je lah .
Time malam macam biasa lepas solat isyak ade smart solat ngan ustazan n ustaz tak pun ade ceramah . Lepas tu beratur kat padang kawad kira kekuatan pelatih . Dan masa yang ditunggu tunggu oleh semua orang time tu minum malam then balik dorm tidur . Kau tahu tak ramai yang lapar time memalam . Aku pun tak faham kenapa ramai yang macam tu . Roti krim yang harga 70 sen tu pun boleh habis dekat DM . Pelik pelik je aku tengok . haha . Pelahap betul bebudak kem aku ni . Kitorang tak membazir . Makan sampai habes , okay ini boleh diikut contoh .
Setiap pagi lepas solat subuh ade senamrobik . Tu aktiviti paling aku suka . Semua orang suka aku rasa . Terkinja kinja buat senamrobik kan . hahaha . Memang best . Kalau korang ade pun , korang terus semangat nak buat senamrobik tu . Lagi bersemangat bila background music senamrobik tu lagu oppa gangnam style and macam macam lagi lah . Yang penting semua lagu best . Ehhhh sexy ladyyyy . Op , Op , Op , Oppa Gangnam Sytle .Dah tetiba . Yang penting enjoy sangat time tu .
Lepas senamrobik pegi breakfast . Makanan dia tak sedap mana pun . Hamboi tak reti bersyukur . Ape ape pun aku bersyukur daripada tak bagi makanan langsung mati kelaparan kau kat situ . Kekadang nasi goring dia tak rasa apa apa pun . memang betul betul tawar macam mana korang makan nasi Putih . macam tu lah rasanya . Dah buat aduan tapi still sama jugak rasa dia . Sedih betul lah .
Lepas breakfast , balek dorm bersiap tukar baju kelas sebab pukul 9 sampai pukul 12 ade kelas . Lebih kurang belajar macam sivik kewarganegaraan tu . Best jugak lah . Enjoy je dalam kelas . Pelatih dengan cikgu dalam kelas tu pun semuanya sporting .
Aku kalau dalam dorm paling rapat dengan kengkawan aku 5 orang . Nad , Kecik , Yieka , Eika dengan Nurul . Kitorang dah macam adik beradik . Pergi kesana sini mesti berenam . Asyik berkepit je . Okayy buat iklan jap “KAMI BUDDYZ TAKKAN TERPISAH” . Woaaa . hahaha . Poyonya ayat . Kau adoo ?
Macam macam aktiviti yang ade dekat sana sebenarnya . Kalau nak citer sampai esok pun tak sudah . ni pun cerita rutin harian aku dekat sana je . Ape ape pun PLKN tersangat best ! Rugi siapa yang tak pergi tu . Aktiviti dia pun takde lah lasak mana . Semuanya best best . Nak tinggalkan kem memang sedih . Sebab banyak pengalaman yang aku dapat kat sana . Paling sedih bila nak berpisah dengan kengkawan . Ye lah sebab ketawa bersama , menangis bersama ku bersumpah harap kita mati pun bersama . Ehh tetiba terkeluar pulak lirik lagu teman pengganti . Hmm aku rasa cukup entry kali ni . Ni pun aku ringkaskan . Nama je ringkaskan tapi dah macam easy sejarah dunia form 6 je aku tengok . Kbhaii .
laluan ke JLB & dorm perempuan
cantik kan ? suka sangat tempat ni
suasana kem . yang bagunan tinggi tu kilang tepung
wirawati kompeni Bravo with cikgu aton .
KAMI BUDDYZ TAKKAN TERPISAH .
with kak long(nad) , kak cik (kecik)
malam time sebelum duty . dorm siti zubaidah .
Apabila kita ingin berteman , janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin satu kelemahan , kau mungkin akan menjauhinya .
Andai kau ingin berteman , janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan , kau akan membencinya .
Andai kau ingin sahabat yang satu , janganlah kerana ilmunya . kerana apabila kita buntu kau mungkin memfitnahnya .
Andai kau ingin seorang kawan , janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan , kau mungkin akan menyalahinya .
Andai kau seorang sahabat ... terimalah dia seadanya , kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa . Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna . BERSAHABAT LAH DENGAN IKHLAS . IN SHA ALLAH AKAN KEKAL PERSAHABATAN ITU .
*Gonna miss them . Sungguh aku rindu semua kenangan yang ade dekat sana . Hope persahabatan kita kekal sampai bila bila . In Sha Allah*
❤ fara ❤
2 comments:
Rindu :(
tahu takpe :( rindu gila
Post a Comment